Program Ekspresi Bakat Nasyid IKTBN Alor Gajah 2026 Serlah Potensi Pelajar

    Program Ekspresi Bakat Nasyid IKTBN Alor Gajah 2026 Serlah Potensi Pelajar

    ALOR GAJAH | 10 Jun 2026 – Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Alor Gajah telah berjaya menganjurkan Program Ekspresi Bakat Nasyid Peringkat IKTBN Alor Gajah 2026 di Arena Sukan institusi tersebut, malam tadi.


    Program yang bermula jam 9.00 malam itu bertujuan mencungkil bakat seni suara Islamik, di samping memupuk semangat ukhuwah dan penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti kokurikulum.


    Sebanyak lapan kumpulan nasyid telah mengambil bahagian dengan menyampaikan lagu-lagu bertemakan kerohanian, motivasi, dan nilai murni. Pertandingan telah diadili oleh Ustaz Muhammad Dzharif Bin Ahmad Zahidi berdasarkan aspek vokal, harmoni, kreativiti, penghayatan lirik, dan penampilan keseluruhan.


    Majlis penutup telah disempurnakan oleh Encik Saiful Maarof Bin Masrom. Dalam ucapannya, beliau menzahirkan penghargaan kepada semua peserta serta jawatankuasa kerja, selain berharap agar program ini dapat diteruskan pada masa hadapan demi menyemarakkan budaya seni Islam yang positif di kampus.


    Secara keseluruhan, program ini melabuhkan tirainya dengan jayanya. Kejayaan ini membuktikan bahawa pelajar IKTBN Alor Gajah bukan sahaja cemerlang dalam bidang kemahiran teknikal (TVET), malah memiliki potensi dan bakat yang membanggakan dalam bidang kesenian dan kebudayaan Islam.



    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    #teknologihospitaliti
    #teknologielektrik
    #iktbnalorgajah
    #ILKBS
    #MalaysiaMadani
    #MadaniBekerja

     

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Alor Gajah
    KM 34, Jalan Masjid Tanah,
    78300 Masjid Tanah, Melaka
    Malaysia

    No Tel : +606-385 1255
    Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.