- Nur Sarina binti Khairruddin
- IKTBN Alor Gajah
- Hits: 180
Program SULAM Bersama Pelajar UiTM @ Alumni IKTBN Alor Gajah
Masjid Tanah | 10 Disember 2025 – Bertempat di ECC IKTBN Alor Gajah, seramai 22 orang pelajar IKTBN Alor Gajah telah menyertai Program SULAM (Service-Learning Malaysia – University for Society) menerusi bengkel perkongsian kerjaya bersama 6 orang panel dari Fakulti Perniagaan dan Pengurusan (FBM), UiTM Shah Alam, yang mana sebahagiannya merupakan alumni IKTBN Alor Gajah.
Penganjuran bengkel sehari ini bertujuan untuk menyokong pembangunan kemahiran persediaan kerjaya pelajar melalui pelbagai modul interaktif, antaranya penyediaan resume, penetapan objektif kerjaya, kemahiran jaringan profesional (networking skills) serta simulasi sesi temuduga. Perkongsian berasaskan pengalaman industri dan akademik oleh para panel telah memberi pendedahan praktikal kepada pelajar bagi menghadapi alam pekerjaan.
Puan Mariyati Asri, Ketua Cawangan Hubungan Industri IKTBN Alor Gajah turut hadir mengikuti serta memantau pelaksanaan program ini sebagai tanda sokongan terhadap inisiatif kolaborasi strategik antara institusi pendidikan.
Diharapkan penganjuran program kerjasama ini dapat memberikan nilai tambah kepada kebolehpasaran graduan IKTBN Alor Gajah, selaras dengan keperluan industri dan aspirasi pendidikan TVET negara.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
#iktbnalorgajah
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
#MalaysiaMadaniRakyatDisantuni
