- Rizal
- IKTBN Bachok
- Hits: 75
LAWATAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN KE JABATAN HOSPITALITI IKTBN BACHOK
Bachok, 27 Oktober 2025 ( Isnin) - Jabatan Hospitaliti IKTBN Bachok telah menerima lawatan daripada Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan Besut, Terengganu yang melibatkan seramai 26 orang pelajar Kursus PAKK1112 Kemahiran Hidup Praktik Pendidikan Awal Kanak-Kanak, 2 orang guru pra sekolah dan seorang pensyarah bimbingan, Dr. Hjh Musliza Binti Mat Jusoh
Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai bidang Hospitaliti khususnya dalam aspek Penyeliaan , Penyediaan makanan serta minuman dan Penyediaan pastri. Beberapa demonstrasi menarik telah dijalankan oleh tenaga pengajar dan pelajar Jabatan Hospitaliti, antaranya:
☕ Unit Penyajian – Basic Coffee Brew Demo
🍗 Unit Penyediaan Makanan – Chicken Roasted served with Butter Rice, Selected Vegetables and Black Pepper Sauce
🥧 Unit Penyediaan Pastri – Pembuatan Portugese Egg Tart dan Red Velvet Muffin
Semoga lawatan ini dapat memberi pengalaman dan pengetahuan baharu kepada pelajar IPG Besut serta mengeratkan hubungan kerjasama antara kedua-dua institusi.
Disediakan Oleh: Ros Mas Ayu Bt Yaacob
Disunting Oleh: Mohd Rizal Bin Mat Zin
