Bachok, 14 Oktober 2025 - Tahniah kepada Pengajar Puan Fazlili binti Ghani dan Puan Nur Syam binti Rosli dari Jabatan Teknologi Hospitaliti IKTBN Bachok yang telah dijemput khas oleh pihak Holiday Villa Hotel & Suites sebagai penceramah untuk Kursus "Mastering Table Etiquette: A Professional Development Workshop kepada 80 peserta Kolej Poly Tech Mara Kota Bharu.
Kursus ini bertujuan berkongsi pengetahuan mengenai etika makan formal serta asas perkhidmatan pramusaji (F&B Service) yang penting dalam industri perhotelan dan pelancongan. Penyertaan dalam program ini membuktikan bahawa kepakaran tenaga pengajar IKTBN Bachok diiktiraf oleh pihak industri.
Disediakan Oleh: Ros Mas Ayu Bt Yaacob
Disunting Oleh: Mohd Rizal Bin Mat Zin
