LAWATAN KERJA KSU KBS KE IKTBN BACHOK PERKUKUH PEMBANGUNAN BELIA

    LAWATAN KERJA KSU KBS KE IKTBN BACHOK PERKUKUH PEMBANGUNAN BELIA

    Bachok, 15 April 2026 – Lawatan kerja YBhg. Dato’ Rahimi bin Ismail, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ke Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bachok berlangsung dengan jayanya menerusi pelbagai pengisian padat yang memberi fokus kepada pembangunan kemahiran belia.

     

    Ketibaan beliau sekitar jam 2.10 petang di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra disambut oleh pihak pengurusan sebelum dibawa ke IKTBN Bachok. Turut hadir dalam lawatan ini ialah YBrs. Puan Zakiah binti Mat Jali, Timbalan Pengarah Kemahiran Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, KBS; Encik Amir Hamzah bin Awang Ghazali, Setiausaha Bahagian Pembangunan, KBS; Encik Mohd Soufi bin Mohd Ibrahim, Pengarah IKTBN Bachok; serta Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.

     

    Program dimulakan dengan jamuan makan tengah hari bersama delegasi diikuti sesi di kubah institusi yang melibatkan bacaan doa dan persembahan dikir barat. Seterusnya, Dato’ KSU menghadiri sesi menandatangani buku pelawat dan taklimat ringkas bersama pengurusan, yang membentangkan pencapaian serta hala tuju institusi. Dalam sesi amanat bersama warga kerja, beliau menekankan kepentingan peningkatan kualiti latihan kemahiran dan komitmen tenaga pengajar dalam melahirkan belia berdaya saing.

     

    Lawatan turut merangkumi tinjauan fasiliti dan kemudahan sekitar kampus termasuk bengkel, asrama dan kawasan pembelajaran. Dato’ KSU juga menyertai sesi penanaman pokok sebagai simbol kelestarian serta beramah mesra bersama pelajar di Dewan Serbaguna.Program diakhiri dengan majlis minum petang sebelum beliau berangkat pulang sekitar jam 6.30 petang. Lawatan ini diharap dapat memperkukuh lagi kecemerlangan IKTBN Bachok sebagai institusi latihan kemahiran terunggul negara.

     

    Disediakan Oleh: Azzime Bin Ammeran

    Disunting Oleh: Mohd Rizal Bin Mat Zin

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Bachok
    Kampong Tangok,
    16300 Bachok,
    Kelantan Darul Naim.

    No. Telefon: 09-7787700
    Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.