Bachok, 08 Jun 2026 – Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bachok telah mengadakan Program Jelajah Kuasa Orang Muda pada hari ini bertempat di Dewan Serbaguna IKTBN Bachok bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.
Program yang melibatkan semua pelajar IKTBN Bachok ini bertujuan meningkatkan kesedaran golongan muda mengenai peranan mereka sebagai pemangkin pembangunan negara serta membentuk generasi belia yang berilmu, berwawasan dan berdaya saing.
Sepanjang program berlangsung, para pelajar telah didedahkan dengan pelbagai perkongsian dan aktiviti yang memberi inspirasi serta motivasi untuk memperkasakan potensi diri, kepimpinan dan semangat kesukarelawanan dalam kalangan belia.
Program ini diharapkan dapat melahirkan generasi muda yang lebih yakin, proaktif dan bersedia menghadapi cabaran masa hadapan selaras dengan aspirasi pembangunan belia negara.
Disediakan Oleh: Azzime Bin Ammeran
Disunting Oleh: Mohd Rizal Bin Mat Zin
