Lawatan Strategik ke Azam Auto Cawangan Kubang Kerian Perkukuh Kerjasama Industri–Institusi

    Lawatan Strategik ke Azam Auto Cawangan Kubang Kerian Perkukuh Kerjasama Industri–Institusi

    Bachok, 11 Januari 2026, - Lawatan Strategik ke Azam Auto Cawangan Kubang Kerian Perkukuh Kerjasama Industri–Institusi. Lawatan ini bertujuan untuk meneroka potensi kolaborasi yang lebih menyeluruh, termasuk perancangan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) sebagai platform rasmi kerjasama jangka panjang. Antara fokus utama yang dibincangkan ialah penyediaan peluang Latihan Industri (LI) kepada pelajar, pelaksanaan aktiviti perkongsian kepakaran industri, pemindahan teknologi serta sokongan industri terhadap pembangunan kompetensi tenaga kerja masa hadapan.

    Sepanjang lawatan, delegasi telah diberikan taklimat operasi dan persekitaran kerja oleh pihak pengurusan Azam Auto Cawangan Kubang Kerian yang merangkumi struktur organisasi, skop perkhidmatan, amalan kerja industri sebenar serta penggunaan teknologi semasa. Selain itu, sesi perkongsian kepakaran turut diadakan bagi memberi pendedahan berkaitan keperluan kemahiran, standard industri dan cabaran sebenar dalam sektor automotif.

    Sesi perbincangan dua hala telah berlangsung dalam suasana konstruktif bagi mengenal pasti peluang kerjasama strategik yang boleh dilaksanakan secara berperingkat dan mampan, selaras dengan keperluan industri automotif masa kini.

    Diharapkan lawatan ini dapat menjadi pemangkin kepada hubungan kerjasama yang lebih erat dan berimpak tinggi, sekali gus menyumbang kepada pembangunan modal insan berkualiti serta memperkukuh ekosistem kerjasama industri–institusi pada masa hadapan.

    Disediakan Oleh: Norina Arni Binti Ahmad Sobri

    Disunting Oleh: Mohd Rizal Bin Mat Zin

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Bachok
    Kampong Tangok,
    16300 Bachok,
    Kelantan Darul Naim.

    No. Telefon: 09-7787700
    Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.