PROGRAM HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT IKTBN BACHOK 2025

    PROGRAM HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT IKTBN BACHOK 2025

    Bachok, 12 Oktober – Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bachok telah menganjurkan Program Hari Sukan Negara Peringkat IKTBN Bachok 2025 dengan tema “Gema Sukan Pelajar | Fiesta WARNA KIB” di Padang Bola Sepak (Astaka) IKTBN Bachok semalam.

    Program yang bermula seawal jam 7.45 pagi itu menyaksikan penyertaan aktif daripada seluruh warga institut termasuk pelajar dan kakitangan. Aktiviti dimulakan dengan sesi senamrobik diikuti dengan ucapan dan gimik perasmian oleh Pengarah IKTBN Bachok, YBrs. Encik Mohd Soufi Bin Ibrahim.

    Antara pengisian menarik ialah Fun Run Pelajar, Gema Sukan Pelajar, serta Sukaneka Fiesta WARNA KIB yang menyerikan lagi suasana dengan semangat kesukanan dan perpaduan antara peserta.

    Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang sekitar jam 12.00 tengah hari dan bersurai pada 12.30 tengah hari.

    Program ini dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) dengan kerjasama Kelab K.I.B IKTBN Bachok, berteraskan semangat Sihat, Ceria dan Ukhuwah.


    Disediakan Oleh: Azzime Bin Ammeran

    Disunting Oleh: Mohd Rizal Bin Mat Zin

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Bachok
    Kampong Tangok,
    16300 Bachok,
    Kelantan Darul Naim.

    No. Telefon: 09-7787700
    Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.