AUDIT PEMANTAUAN ISO 9001:2015

    AUDIT PEMANTAUAN ISO 9001:2015

    Bukit Mertajam, 3 April 2026 – Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bukit Mertajam telah berjaya melaksanakan Audit Pemantauan 1 bagi pensijilan ISO 9001:2015 yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 April 2026.

    Audit tersebut telah dikendalikan oleh pegawai audit daripada SIRIM Berhad iaitu Kamsiah Mansoor.

    Pelaksanaan audit ini bertujuan memastikan sistem pengurusan kualiti institut sentiasa mematuhi piawaian ISO 9001:2015, di samping memperkukuh amalan penambahbaikan berterusan dalam penyampaian perkhidmatan serta latihan.

    Hasil audit mendapati bahawa IKTBN Bukit Mertajam berjaya mengekalkan standard kualiti yang ditetapkan tanpa sebarang ketidakpatuhan direkodkan (Non-Conformance Report, NCR).

    Pihak institut turut merakamkan penghargaan kepada seluruh warga kerja atas komitmen dan kerjasama yang diberikan sepanjang proses audit berlangsung.

    Kejayaan ini mencerminkan usaha berterusan IKTBN Bukit Mertajam dalam memperkukuh budaya kualiti ke arah mencapai kecemerlangan organisasi.

     
     

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Bukit Mertajam,
    Jalan Berapit ,14000 Bukit Mertajam ,Pulau Pinang.

    No Telefon    : 04-5225288                         
    No Faksimili    : 045225289
    FB  :  https://www.facebook.com/iktbnbukitmertajam
    IG :  https://www.instagram.com/iktbnbukitmertajam/
    Emel : ikbnbukitmertajam@kbs.gov.my