IKTBN BUKIT MERTAJAM KE HARI TERBUKA PTSB & KARNIVAL PENGAJIAN TINGGI KULIM 2026

    IKTBN BUKIT MERTAJAM KE HARI TERBUKA PTSB & KARNIVAL PENGAJIAN TINGGI KULIM 2026

    Kulim, 7 April 2026 — Program Hari Terbuka PTSB Karnival Pengajian Tinggi Kulim 2026 telah berlangsung dengan jayanya selama dua hari bermula 5 hingga 6 April 2026 bertempat di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah.

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bukit Mertajam turut mengambil bahagian sebagai pempamer dalam program tersebut hasil jemputan daripada pihak penganjur.

    Penyertaan IKTBN Bukit Mertajam bertujuan mempromosikan peluang pendidikan dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kepada masyarakat umum serta pelajar sekolah yang hadir.

    Sambutan yang diterima sepanjang program berlangsung adalah amat menggalakkan, dengan kehadiran ramai pengunjung yang menunjukkan minat terhadap bidang kemahiran yang kini semakin berkembang pesat dan relevan dengan keperluan pasaran global.

    Program ini secara tidak langsung berjaya membuka mata masyarakat mengenai kepentingan TVET sebagai salah satu laluan utama dalam membina kerjaya masa depan yang stabil dan berdaya saing.

    Pihak IKTBN Bukit Mertajam berharap agar program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi memperluaskan lagi kesedaran serta melahirkan lebih ramai tenaga mahir yang memenuhi keperluan industri negara.

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Bukit Mertajam,
    Jalan Berapit ,14000 Bukit Mertajam ,Pulau Pinang.

    No Telefon    : 04-5225288                         
    No Faksimili    : 045225289
    FB  :  https://www.facebook.com/iktbnbukitmertajam
    IG :  https://www.instagram.com/iktbnbukitmertajam/
    Emel : ikbnbukitmertajam@kbs.gov.my