IKTBN BUKIT MERTAJAM TERIMA LAWATAN RASMI DELEGASI UNIMAP

    IKTBN BUKIT MERTAJAM TERIMA LAWATAN RASMI DELEGASI UNIMAP

    Bukit Mertajam, 4 April 2026 – Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bukit Mertajam berbesar hati menerima lawatan rasmi delegasi daripada Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dalam satu sesi yang memberi fokus kepada pembangunan laluan pendidikan dan kerjaya pelajar TVET.

    Delegasi UniMAP tersebut diketuai oleh Shamshul Bahar Yaakob, Dekan Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Teknologi, yang hadir bersama wakil universiti bagi membincangkan potensi kerjasama strategik antara kedua-dua institusi.

    Lawatan ini membuka peluang besar kepada pelajar IKTBN, khususnya dalam bidang elektrik, untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah melalui laluan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Selain itu, ia turut meningkatkan kesedaran terhadap prospek kerjaya dalam bidang kejuruteraan dan teknologi.

    Antara intipati utama perbincangan adalah peluang kemasukan pelajar TVET ke UniMAP, pengiktirafan kemahiran seperti Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) serta pengalaman industri, di samping kerjasama dalam bidang akademik dan latihan industri.

    Perbincangan turut menyentuh laluan kerjaya yang boleh diceburi oleh pelajar TVET, termasuk sebagai jurutera, teknologis dan Chargeman profesional, selaras dengan keperluan industri semasa.

    Pihak IKTBN menyifatkan lawatan ini sebagai satu langkah penting dalam membuka lebih banyak ruang dan peluang kepada pelajar untuk melangkah lebih jauh dalam bidang kemahiran.

    Kerjasama antara IKTBN Bukit Mertajam dan UniMAP diharap dapat terus diperkukuh demi melahirkan tenaga kerja mahir yang berdaya saing serta menyumbang kepada pembangunan negara.

     
     

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Bukit Mertajam,
    Jalan Berapit ,14000 Bukit Mertajam ,Pulau Pinang.

    No Telefon    : 04-5225288                         
    No Faksimili    : 045225289
    FB  :  https://www.facebook.com/iktbnbukitmertajam
    IG :  https://www.instagram.com/iktbnbukitmertajam/
    Emel : ikbnbukitmertajam@kbs.gov.my