7 DISEMBER 2025 — Seramai 32 orang pelajar IKTBN Bukit Mertajam telah terlibat dalam Festival Gegaq 2025 yang berlangsung pada 7 Disember 2025. Program ni dianjurkan oleh USM Transkrian, Kampus Kejuruteraan, dan memang gegaq sungguh suasananya!
Pelajar kita berpeluang join Forum Kem Anti Buli, satu sesi yang berkongsi ilmu dan kesedaran tentang cara menangani isu buli, membina keyakinan diri serta memupuk budaya hormat dalam kalangan remaja dan komuniti. Banyak input berguna, banyak pengalaman dikongsi — memang membuka mata.
Lepas tu, depa semua turut sertai Explore Race, aktiviti yang uji ketangkasan, strategi, teamwork dan semangat setiakawan. Sat gi lari, sat gi fikir, sat gi selesaikan tugasan — memang kena pakai otak dengan tenaga sekali! Meriah sungguh, penuh gelak tawa dan cabaran.
Tahniah kepada semua peserta! Semoga pengalaman ni beri pendedahan baru, tambah self-confidence, dan terus kuat dalam memperbaiki diri. IKTBN BM steady, gegaq habih!
