IKTBN Bukit Mertajam Cemerlang dalam CITEC’26

    IKTBN Bukit Mertajam Cemerlang dalam CITEC’26

    12 FEBRUARI 2026 — Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bukit Mertajam sekali lagi mengharumkan nama institusi apabila mencatat pencapaian membanggakan dalam CITEC’26 (Creative, Innovation & Technology Competition 2026) melalui penyertaan para pelajar dan pengajar yang menampilkan idea kreatif serta inovasi berimpak tinggi.

    Menerusi penguasaan kemahiran teknikal dan aplikasi teknologi semasa, kontinjen IKTBN Bukit Mertajam berjaya membawa pulang beberapa anugerah utama, iaitu:

    • Pingat EmasMultiroller Wire with IoT

    • Pingat PerakSmart Car Jack

    • Pingat PerakHMI Trainer Kit for TVET Education

    Kejayaan ini membuktikan bahawa pelajar TVET bukan sahaja memiliki kemahiran praktikal yang mantap, malah berupaya menghasilkan inovasi berasaskan teknologi yang selari dengan keperluan industri semasa serta cabaran teknologi masa hadapan.

    Pihak institusi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua peserta, tenaga pengajar serta pihak-pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam memastikan kejayaan ini dapat direalisasikan.

    Diharapkan pencapaian ini menjadi pemangkin kepada penghasilan lebih banyak inovasi berkualiti, di samping terus mengangkat martabat Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai pilihan utama pendidikan masa kini.

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Bukit Mertajam,
    Jalan Berapit ,14000 Bukit Mertajam ,Pulau Pinang.

    No Telefon    : 04-5225288                         
    No Faksimili    : 045225289
    FB  :  https://www.facebook.com/iktbnbukitmertajam
    IG :  https://www.instagram.com/iktbnbukitmertajam/
    Emel : ikbnbukitmertajam@kbs.gov.my