- Din Syamsuddin
- IKTBN Bukit Mertajam
- Hits: 221
IKTBN Bukit Mertajam Raih Anugerah Institusi TVET 5 Bintang
11 FEBRUARI 2026 — Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bukit Mertajam telah mencatat pencapaian membanggakan apabila menerima Anugerah Institusi TVET 5 Bintang dalam Majlis Anugerah Institusi TVET 2026 yang berlangsung di World Trade Centre Kuala Lumpur.
Pengiktirafan berprestij ini membuktikan komitmen berterusan warga institusi dalam memastikan kualiti latihan, kecemerlangan akademik serta pembangunan kemahiran belia sentiasa berada pada tahap terbaik, selaras dengan aspirasi pembangunan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) negara.
Kejayaan tersebut turut mencerminkan kesungguhan dan dedikasi tenaga pengajar, kakitangan sokongan serta para pelajar dalam memperkasakan bidang teknikal dan vokasional sebagai pilihan utama kerjaya masa hadapan.
Pencapaian ini diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada IKTBN Bukit Mertajam untuk terus melakar kecemerlangan, di samping memperkukuh peranan institusi TVET dalam melahirkan tenaga mahir yang berdaya saing di peringkat nasional dan global.
