KARNIVAL JOM MASUK TVET 2026

    KARNIVAL JOM MASUK TVET 2026

    BUKIT MERTAJAM, 11 April 2026 – Program sempena Karnival Jom Masuk TVET telah berlangsung dengan meriah di Politeknik Seberang Perai, hari ini.

    Pihak IKTBN Bukit Mertajam merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Politeknik Seberang Perai selaku penganjur kerana menjemput institut tersebut untuk turut serta dalam mempromosikan pengambilan pelajar bagi Sesi 2/2026.

    Penyertaan IKTBN Bukit Mertajam dalam karnival ini memberi peluang kepada para pengunjung untuk mengenali dengan lebih dekat program latihan kemahiran yang ditawarkan. Selain itu, ia turut membuka ruang kepada lepasan sekolah untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang semakin mendapat tempat di negara ini.

    Diharapkan jalinan kerjasama seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang dalam usaha melahirkan lebih ramai tenaga mahir yang berkualiti serta berdaya saing.

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Bukit Mertajam,
    Jalan Berapit ,14000 Bukit Mertajam ,Pulau Pinang.

    No Telefon    : 04-5225288                         
    No Faksimili    : 045225289
    FB  :  https://www.facebook.com/iktbnbukitmertajam
    IG :  https://www.instagram.com/iktbnbukitmertajam/
    Emel : ikbnbukitmertajam@kbs.gov.my