- Din Syamsuddin
- IKTBN Bukit Mertajam
- Hits: 90
IKTBN BUKIT MERTAJAM KE KARNIVAL KOKURIKULUM & KERJAYA PENDIDIKAN 2026
BUKIT MERTAJAM, 22 OGOS 2026 - IKTBN Bukit Mertajam telah menyertai Karnival Kokurikulum & Kerjaya Pendidikan 2026 yang berlangsung di SMKA Sheikh Tahir Jalaluddin.
Karnival ini menggabungkan elemen akademik, bakat, dan persediaan kerjaya dari pelbagai institusi pendidikan dan latihan kemahiran dalam satu program. Program ini juga menjadi platform untuk memperkenalkan peluang pendidikan dan latihan kemahiran TVET yang ditawarkan di IKTBN Bukit Mertajam, di samping memberikan pendedahan kepada para pelajar mengenai laluan pendidikan, kemahiran dan prospek kerjaya pada masa hadapan.
