- Din Syamsuddin
- IKTBN Bukit Mertajam
- Hits: 83
IKTBNBM MENYERTAI PERARAKAN KEMERDEKAAN SEMPENA HARI KEMERDEKAAN KE-69
GEORGETOWN, 31 OGOS 2026 - Seramai 45 orang pelajar IKTBN Bukit Mertajam telah mengambil bahagian dalam Perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan 2026 yang berlangsung pada 31 Ogos 2026 bertempat di Dataran Padang Kota, Pulau Pinang.
Penyertaan ini bukan sahaja menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan, malah menjadi platform untuk menyemai semangat patriotisme, perpaduan serta jati diri dalam kalangan para pelajar.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pelajar yang telah memberikan komitmen serta menunjukkan semangat yang tinggi sepanjang perbarisan berlangsung.
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
