LAWATAN KERJASAMA STRATEGIK RISDA NEGERI PULAU PINANG & IKTBN BUKIT MERTAJAM

    LAWATAN KERJASAMA STRATEGIK RISDA NEGERI PULAU PINANG & IKTBN BUKIT MERTAJAM

    BUKIT MERTAJAM, 23 OGOS 2026 - Pasukan Inovasi dan Penyelidikan & Pembangunan (R&D) RISDA Negeri Pulau Pinang telah mengadakan Lawatan Kerjasama Strategik ke IKTBN Bukit Mertajam pada 21 Ogos 2026 bagi meneroka peluang pembangunan produk inovasi bersama Pasukan Inovasi IKTBN Bukit Mertajam.

    Lawatan ini bertujuan untuk memperkukuhkan kerjasama strategik serta menambah baik produk inovasi sedia ada bagi kemudahan para pengusaha getah, khususnya melalui perkongsian ilmu dan khidmat nasihat teknikal daripada pihak IKTBN Bukit Mertajam. Seramai 7 orang pegawai RISDA, termasuk Pengarah dan Timbalan Pengarah RISDA Negeri Pulau Pinang, telah hadir dalam sesi lawatan dan perbincangan tersebut.

    Diharapkan sesi perkongsian ilmu dan jalinan kerjasama ini dapat menghasilkan inovasi yang lebih praktikal, berimpak dan memenuhi keperluan sebenar industri serta membantu meningkatkan kecekapan dan produktiviti para pengusaha getah.

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Bukit Mertajam,
    Jalan Berapit ,14000 Bukit Mertajam ,Pulau Pinang.

    No Telefon    : 04-5225288                         
    No Faksimili    : 04522528