YB MENTERI BELIA DAN SUKAN SANTUNI WARGA IKTBN BUKIT MERTAJAM

    YB MENTERI BELIA DAN SUKAN SANTUNI WARGA IKTBN BUKIT MERTAJAM

    8 FEBRUARI 2026 — Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bukit Mertajam telah menerima lawatan rasmi YB Dr. Mohammed Taufiq bin Johari, Menteri Belia dan Sukan, sempena penganjuran Majlis Ramah Mesra bersama YB Menteri yang berlangsung dalam suasana penuh mesra dan bermakna.

    Majlis tersebut dianjurkan bagi menyambut kehadiran YB Menteri ke kampus IKTBN Bukit Mertajam, di samping membuka ruang interaksi secara langsung antara pelajar serta pegawai institusi dengan kepimpinan tertinggi Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

    Program ini turut berperanan sebagai platform untuk bertukar pandangan, berkongsi aspirasi serta memperkukuh hubungan strategik antara pihak pengurusan institusi dan warga pelajar, khususnya dalam usahaYB Menteri Belia dan Sukan Santuni Warga IKTBN Bukit Mertajam memperkasakan pembangunan belia dan pendidikan kemahiran negara.

    Warga IKTBN Bukit Mertajam merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YB Dr. Mohammed Taufiq bin Johari atas kesudian meluangkan masa bersama warga institusi. Diharapkan lawatan rasmi ini dapat menjadi pemangkin kepada kecemerlangan pembangunan belia serta memperkukuh lagi ekosistem pendidikan dan latihan kemahiran pada masa akan datang.

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Bukit Mertajam,
    Jalan Berapit ,14000 Bukit Mertajam ,Pulau Pinang.

    No Telefon    : 04-5225288                         
    No Faksimili    : 045225289
    FB  :  https://www.facebook.com/iktbnbukitmertajam
    IG :  https://www.instagram.com/iktbnbukitmertajam/
    Emel : ikbnbukitmertajam@kbs.gov.my