IKTBN Bukit Mertajam Raih Kejayaan Cemerlang di ITEX’26 Kuala Lumpur

    IKTBN Bukit Mertajam Raih Kejayaan Cemerlang di ITEX’26 Kuala Lumpur

    Kuala Lumpur, 19 Mei 2026 – Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN Bukit Mertajam) telah mencatat sejarah apabila julung kalinya menyertai International Invention, Innovation, Technology Competition & Exhibition Malaysia 2026 (ITEX’26) dan berjaya meraih pencapaian membanggakan.

    Dalam pertandingan yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre pada 18 & 19 Mei 2026, dengan penyertaan daripada 17 buah negara serta menghimpunkan lebih 1,000 projek inovasi dari pelbagai bidang, pasukan inovasi IKTBN Bukit Mertajam telah berjaya membawa pulang:

    • 🥇 Pingat Emas (GOLD) bagi projek Laduino

    • 🥈 Pingat Perak (SILVER) bagi projek Multiroller Wire with IoT

    Kejayaan ini membuktikan kemampuan dan daya saing pelajar serta tenaga pengajar IKTBN Bukit Mertajam dalam menghasilkan inovasi yang kreatif, relevan dan berimpak tinggi.

    Pihak IKTBN Bukit Mertajam merakamkan syabas dan tahniah kepada seluruh pasukan atas usaha gigih yang telah membuahkan hasil. Semoga pencapaian ini menjadi pembakar semangat untuk terus mencipta kejayaan dan menghasilkan inovasi yang lebih hebat pada masa hadapan.

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Bukit Mertajam,
    Jalan Berapit ,14000 Bukit Mertajam ,Pulau Pinang.

    No Telefon    : 04-5225288                         
    No Faksimili    : 04522528