- Din Syamsuddin
- IKTBN Bukit Mertajam
- Hits: 91
IKTBN Bukit Mertajam Sertai Program Promosi Pameran Karnival TVET & STEM di SMK Simpang Empat
Simpang Empat, 20 Mei 2026 – Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN Bukit Mertajam) merakamkan sekali lagi penghargaan dan terima kasih kepada pihak SMK Simpang Empat atas jemputan sebagai pempamer sempena Program Promosi Pameran Karnival TVET & STEM yang berlangsung dengan jayanya.
Program ini telah menjadi platform yang sangat baik dalam memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai peluang pendidikan dan kerjaya dalam bidang TVET dan STEM, selaras dengan keperluan industri semasa.
Sepanjang program, pelbagai aktiviti serta perkongsian berkaitan kursus dan latihan kemahiran di IKTBN Bukit Mertajam telah diperkenalkan kepada para pelajar dan pengunjung yang hadir.
IKTBN Bukit Mertajam berharap agar jalinan kerjasama dengan SMK Simpang Empat akan terus diperkukuhkan pada masa akan datang demi melahirkan generasi berkemahiran, berdaya saing dan celik teknologi.
