- Din Syamsuddin
- IKTBN Bukit Mertajam
- Hits: 15
MAJLIS PENYERAHAN BENDERA KONTINJEN IKTBN BUKIT MERTAJAM SEMPENA ROAD TO CHEMBONG
BUKIT MERTAJAM, 8 Mei – Seramai 59 atlet bersama 16 pegawai dari Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bukit Mertajam akan menyertai Temasya Sukan ILKBS 2026 kali ke-38 yang bakal berlangsung di IKTBN Chembong, Negeri Sembilan.
Kontinjen IKTBN Bukit Mertajam akan beraksi dalam pelbagai acara sukan termasuk bola sepak 9s, badminton, sepak takraw, bowling, bola tambar, bola baling dan go-kart.
Majlis penyerahan bendera kontinjen telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Pengarah IKTBN Bukit Mertajam, Ts Junita Binti Mohammed Ali kepada Chef De Mission, En. Mohamad Syakir Bin Saffarudin.
Dalam ucapan beliau, Pengarah menekankan kepentingan semangat berpasukan dan menyatakan keyakinan bahawa kontinjen kali ini mampu mencapai kejayaan serta mengharumkan nama IKTBN Bukit Mertajam di peringkat nasional.
