Program Dewasa Muda IKTBN Bukit Mertajam Beri Pendedahan Sahsiah dan Kepimpinan Pelajar

    Program Dewasa Muda IKTBN Bukit Mertajam Beri Pendedahan Sahsiah dan Kepimpinan Pelajar

    Bukit Mertajam, 20 Mei 2026 – Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN Bukit Mertajam) telah berjaya melaksanakan Program Dewasa Muda yang melibatkan seramai 147 orang pelajar bertempat di Dewan Perdana IKTBN Bukit Mertajam.

    Program ini bertujuan memberi pendedahan serta kesedaran kepada para pelajar mengenai cabaran dan persediaan dalam melangkah ke alam dewasa, di samping membentuk sahsiah diri, nilai kepimpinan serta jati diri yang lebih baik.

    Sepanjang program berlangsung, para pelajar telah mengikuti pelbagai pengisian dan perkongsian bermanfaat yang membantu mereka menjadi individu lebih matang, bertanggungjawab dan berkeyakinan dalam menghadapi dunia luar.

    IKTBN Bukit Mertajam berharap segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam kehidupan seharian serta menjadi panduan untuk masa depan yang lebih cemerlang.

    Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Bukit Mertajam,
    Jalan Berapit ,14000 Bukit Mertajam ,Pulau Pinang.

    No Telefon    : 04-5225288                         
    No Faksimili    : 04522528