Pasukan IKTBN Bukit Mertajam Sertai Innovation Competition and Exposition (iCompEx’26)

    Pasukan IKTBN Bukit Mertajam Sertai Innovation Competition and Exposition (iCompEx’26)

    Jitra, 12 OGOS 2026 – Warga Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bukit Mertajam mengucapkan setinggi-tinggi selamat maju jaya kepada pasukan IKTBNBM yang mewakili institut dalam Innovation Competition and Exposition (iCompEx’26) yang berlangsung pada 11 hingga 13 Ogos 2026 di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS).

    Pada edisi kali ini, IKTBNBM mempertaruhkan tiga projek inovasi iaitu: 🔹 Laduino 🔹 Multiroller Wire Automatic with IoT 🔹 Galvanized Cable Handler System

    Penyertaan ini mencerminkan komitmen, kreativiti dan semangat inovasi warga IKTBNBM dalam menghasilkan penyelesaian yang memberi impak kepada industri dan masyarakat.

    Semoga segala usaha yang dicurahkan membuahkan hasil yang membanggakan serta berjaya mengharumkan nama IKTBN Bukit Mertajam, ILKBS dan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia di pentas inovasi.

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Bukit Mertajam,
    Jalan Berapit ,14000 Bukit Mertajam ,Pulau Pinang.

    No Telefon    : 04-5225288                         
    No Faksimili    : 04522528