Lawatan Pendidikan SMK Datuk Haji Abdul Kadir ke IKTBN Bukit Mertajam

    Lawatan Pendidikan SMK Datuk Haji Abdul Kadir ke IKTBN Bukit Mertajam

    Bukit Mertajam, 16 Jun – IKTBN Bukit Mertajam berbesar hati menerima kunjungan seramai 40 orang pelajar bersama 4 orang guru pengiring dari SMK Datuk Haji Abdul Kadir, Kepala Batas, Pulau Pinang dalam Program Lawatan Pendidikan yang telah berlangsung pada hari ini.

    Lawatan ini bertujuan memberikan pendedahan kepada para pelajar mengenai peluang pendidikan dan latihan kemahiran yang ditawarkan di IKTBN Bukit Mertajam, di samping memperkenalkan persekitaran pembelajaran, kemudahan latihan serta prospek kerjaya dalam bidang TVET.

    Sepanjang lawatan, para pelajar telah mengikuti sesi taklimat, perkongsian maklumat serta lawatan ke bengkel-bengkel latihan yang dikendalikan oleh tenaga pengajar IKTBN Bukit Mertajam. Program ini memberi peluang kepada pelajar untuk mengenali dengan lebih dekat bidang-bidang kemahiran yang ditawarkan serta laluan pendidikan selepas tamat persekolahan.

    Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak SMK Datuk Haji Abdul Kadir, para guru pengiring, semua pengajar serta warga kerja IKTBN Bukit Mertajam atas kerjasama dan komitmen yang diberikan dalam menjayakan program ini.

    Penghargaan khas turut dirakamkan kepada Puan Nurcahaya binti Sekon selaku pegawai penyelaras yang bertanggungjawab memastikan kelancaran perjalanan program sepanjang lawatan berlangsung.

    Semoga lawatan ini memberi manfaat, inspirasi dan membuka peluang kepada para pelajar untuk meneroka bidang kemahiran sebagai pilihan pendidikan dan kerjaya pada masa hadapan.

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Bukit Mertajam,
    Jalan Berapit ,14000 Bukit Mertajam ,Pulau Pinang.

    No Telefon    : 04-5225288                         
    No Faksimili    : 04522528