PROGRAM MPP KEM PERDANA ILKBS 2026

    PROGRAM MPP KEM PERDANA ILKBS 2026

    Bukit Selambau, 15 Jun – Program MPP Kem Perdana ILKBS 2026 telah berlangsung dengan jayanya di Pusat Latihan RELA, Bukit Selambau selama 4 hari 3 malam, bermula pada 12 Jun hingga 15 Jun 2026.

    Program ini menghimpunkan barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) daripada seluruh Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) dengan matlamat memperkukuhkan kepimpinan, semangat kerjasama, komunikasi serta jati diri dalam kalangan pemimpin pelajar.

    Sepanjang program, para peserta telah mengikuti pelbagai aktiviti berteraskan latihan kepimpinan, pembangunan sahsiah, kerja berpasukan serta aktiviti luar yang mencabar dan bermanfaat. Usaha ini diharap dapat melahirkan pemimpin pelajar yang berwibawa, berintegriti serta mampu menjadi teladan terbaik kepada warga ILKBS.

    Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga segala ilmu, pengalaman dan kenangan yang diperoleh sepanjang kem ini menjadi bekalan berharga dalam meneruskan agenda kecemerlangan ILKBS.

    “Pemimpin Berwawasan, Pemacu Kecemerlangan ILKBS”

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Bukit Mertajam,
    Jalan Berapit ,14000 Bukit Mertajam ,Pulau Pinang.

    No Telefon    : 04-5225288                         
    No Faksimili    : 04522528