Bukit Mertajam, 19 Jun – Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada empat orang pelajar Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bukit Mertajam yang telah berjaya mengharungi cabaran Pertandingan Akhir World Skills Malaysia Belia (WSMB) 2026 dengan penuh semangat, dedikasi dan komitmen yang tinggi.
Dalam bidang Mekatronik yang berlangsung pada 4–6 Jun 2026 di STDCx, Shah Alam, dua pelajar telah mewakili institut:
-
👨🔧 Muhammad Aiman Hakimi bin Zaidi
-
👨🔧 Emir Tulus Mohammad Hariry
Manakala bagi bidang CNC Maintenance yang berlangsung pada 16–18 Jun 2026 di Advance Retro Solution Sdn. Bhd. (ARS), dua pelajar turut menggalas cabaran:
-
👨🔧 Muhammad Fitri Al-Hafiz bin Hassan
-
👨🔧 Muhammad Hanif Zal Hasmi bin Mohd Subki
Para pelajar ini telah memberikan usaha terbaik serta mempamerkan kesungguhan sepanjang pertandingan berlangsung. Pengalaman dan cabaran yang ditempuhi pastinya menjadi pencapaian bermakna serta membanggakan buat institut.
Ucapan terima kasih dan penghargaan tidak terhingga turut dirakamkan kepada para jurulatih atas segala usaha, pengorbanan dan komitmen sepanjang persediaan sehingga ke peringkat akhir. Sesungguhnya, mereka merupakan tulang belakang kejayaan pasukan.
Sekalung penghargaan juga diucapkan kepada Pengarah IKTBN Bukit Mertajam, Ts. Hajah Junita binti Haji Mohammed Ali atas kesudian hadir memberikan sokongan dan semangat yang tidak berbelah bahagi kepada Team WSMB IKTBNBM sepanjang pertandingan berlangsung. Kehadiran beliau menjadi pembakar semangat kepada semua peserta.
Kementerian Belia dan Sukan melalui IKTBN Bukit Mertajam berharap segala usaha dan pengorbanan yang dicurahkan akan membuahkan hasil yang membanggakan, serta semoga keputusan Pertandingan Akhir WSMB 2026 berpihak kepada IKTBN Bukit Mertajam.
