LAWATAN PENDIDIKAN SMK POKOK SENA KE IKTBN BUKIT MERTAJAM

    LAWATAN PENDIDIKAN SMK POKOK SENA KE IKTBN BUKIT MERTAJAM

    Bukit Mertajam, 11 OGOS 2026 – Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bukit Mertajam telah berbesar hati menerima kunjungan seramai 75 orang pelajar bersama 7 orang guru pengiring dari SMK Pokok Sena dalam Program Lawatan Pendidikan yang berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari di sekitar kawasan institut.

    Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada para pelajar mengenai peluang pendidikan dan latihan kemahiran TVET yang ditawarkan di IKTBN Bukit Mertajam. Selain itu, ia turut memperkenalkan kemudahan pembelajaran serta prospek kerjaya dalam bidang kemahiran.

    Sepanjang program, para pelajar berpeluang melihat suasana pembelajaran, fasiliti latihan serta mendapatkan maklumat berkaitan program-program yang ditawarkan.

    Diharapkan lawatan ini dapat memberi manfaat dan inspirasi kepada para pelajar dalam merancang hala tuju pendidikan serta kerjaya mereka pada masa hadapan.

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Bukit Mertajam,
    Jalan Berapit ,14000 Bukit Mertajam ,Pulau Pinang.

    No Telefon    : 04-5225288                         
    No Faksimili    : 04522528