- Din Syamsuddin
- IKTBN Bukit Mertajam
- Hits: 10
Pasukan IKTBN Bukit Mertajam Sertai 2nd SEDA Innovation Challenge (SIC) 2026
Kuala Lumpur, – Warga Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bukit Mertajam mengucapkan selamat maju jaya kepada pasukan IKTBNBM yang mewakili institut dalam 2nd SEDA Innovation Challenge (SIC) 2026 yang berlangsung pada 10 hingga 12 Ogos 2026 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
💡 Tajuk Projek: Road Flood Warning System Using Solar Power (RFWS)
Penyertaan ini membuktikan komitmen dan kreativiti warga IKTBNBM dalam menghasilkan inovasi berimpak tinggi yang menyokong pembangunan teknologi lestari serta penyelesaian kepada cabaran semasa.
Semoga segala urusan dipermudahkan, diberikan ketenangan dan keyakinan sepanjang pertandingan, serta berjaya mengharumkan nama IKTBN Bukit Mertajam, ILKBS dan Kementerian Belia dan Sukan di pentas inovasi.
