Program PEKERTI@IKTBN Bukit Mertajam

    Program PEKERTI@IKTBN Bukit Mertajam

    Bukit Mertajam, 7 OGOS 2026 – Program PEKERTI@IKTBNBM telah berlangsung dengan jayanya di Auditorium Bangunan Solar, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bukit Mertajam. Program ini melibatkan seramai 51 orang pelajar Semester 2 daripada Jurusan Elektronik Industri (EI) dan Penjaga Jentera Elektrik (PJE).

    Program dikendalikan oleh wakil IKTBN Bukit Mertajam, Encik Zaidi dan Encik Sahaipun Nizan, yang telah menyampaikan pelbagai input bermanfaat berkaitan pembentukan sahsiah, nilai-nilai murni, etika diri serta pembangunan jati diri dalam kalangan pelajar.

    Melalui pengisian program ini, para pelajar didedahkan dengan kepentingan membina peribadi yang berintegriti, berdisiplin dan bertanggungjawab sebagai persediaan menghadapi cabaran dunia pekerjaan serta kehidupan bermasyarakat.

    Diharapkan segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan oleh para pelajar dalam usaha melahirkan graduan TVET yang bukan sahaja berkemahiran tinggi, malah memiliki sahsiah unggul serta berakhlak mulia.

    Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta atas komitmen dan penglibatan aktif sepanjang program berlangsung.

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Bukit Mertajam,
    Jalan Berapit ,14000 Bukit Mertajam ,Pulau Pinang.

    No Telefon    : 04-5225288                         
    No Faksimili    : 04522528