Majlis Jalinan Kasih Yayasan Kita Anak Malaysia

    Majlis Jalinan Kasih Yayasan Kita Anak Malaysia

    SEBERANG JAYA, 22 April – Seramai 50 pelajar Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bukit Mertajam telah menghadiri Majlis Jalinan Kasih Yayasan Kita Anak Malaysia yang berlangsung di Hotel The Light, Seberang Jaya, Pulau Pinang.

    Majlis penuh bermakna ini turut menyaksikan salah seorang pelajar IKTBN Bukit Mertajam terpilih menerima bantuan kewangan sebanyak RM500 daripada Yayasan Kita Anak Malaysia.

    Lebih istimewa, kehadiran YAB Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang menyerikan lagi majlis apabila beliau meluangkan masa bersama para hadirin.

    Pihak IKTBN Bukit Mertajam merakamkan penghargaan kepada Yayasan Kita Anak Malaysia atas jemputan serta layanan mesra yang diberikan, termasuk jamuan makan malam yang disediakan untuk para pelajar.

    Majlis yang berlangsung dengan penuh kemeriahan ini diharap dapat menjadi pemangkin kepada jalinan kerjasama berterusan demi kebajikan dan pembangunan anak-anak Malaysia pada masa akan datang.

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Bukit Mertajam,
    Jalan Berapit ,14000 Bukit Mertajam ,Pulau Pinang.

    No Telefon    : 04-5225288                         
    No Faksimili    : 045225289
    FB  :  https://www.facebook.com/iktbnbukitmertajam
    IG :  https://www.instagram.com/iktbnbukitmertajam/
    Emel : ikbnbukitmertajam@kbs.gov.my