- Din Syamsuddin
- IKTBN Bukit Mertajam
- Hits: 27
MAJLIS PELEPASAN PELAJAR IKTBN BUKIT MERTAJAM KE PERTANDINGAN AKHIR WSMB 2026
Bukit Mertajam, 22 Mei – Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bukit Mertajam telah mengadakan Majlis Pelepasan Pelajar ke Pertandingan Akhir World Skills Malaysia Belia (WSMB) 2026 yang berlangsung pada 22 Mei 2026.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah IKTBN Bukit Mertajam, Ts Hajah Junita binti Haji Mohammed Ali, yang turut menyampaikan amanat serta kata-kata semangat kepada para pelajar yang bakal membawa nama institut ke pentas akhir pertandingan.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada para peserta yang telah melayakkan diri:
-
🔹 Muhammad Aiman Hakimi bin Zaidi dan Emir Tulus Mohammad Hariry – Pertandingan Akhir WSMB bidang Mekatronik (4–6 Jun 2026)
-
🔹 Muhammad Fitri Al-Hafiz bin Hassan dan Muhammad Hanif Zal Hasmi bin Mohd Subki – Pertandingan Akhir WSMB bidang CNC Maintenance (16–18 Jun 2026)
Puan Pengarah turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua jurulatih yang telah bertungkus-lumus membimbing serta melatih para pelajar sehingga berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir.
Kementerian Belia dan Sukan melalui IKTBN Bukit Mertajam berharap agar semua peserta diberikan kejayaan cemerlang serta dapat mengharumkan nama institut di pentas Pertandingan Akhir WSMB 2026.
