YOUTH ROBOT CHALLENGE (Y-RoboC) 2026 ILKBS

    YOUTH ROBOT CHALLENGE (Y-RoboC) 2026 ILKBS

    Bukit Mertajam, 15 Jun – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bukit Mertajam, Pulau Pinang  akan menganjurkan Youth Robot Challenge (Y-RoboC) 2026 pada 3 hingga 5 Julai 2026.

    Pertandingan ini menjadi platform utama bagi para belia, pelajar TVET, institusi pendidikan serta peminat robotik untuk menguji kreativiti, kemahiran teknikal dan semangat inovasi dalam dunia teknologi serta automasi. Y-RoboC 2026 turut berperanan memupuk budaya inovasi, meningkatkan penguasaan STEM dan TVET, serta melahirkan generasi belia yang kompeten dan berdaya saing.

    Sepanjang pertandingan, peserta berpeluang mengasah kemahiran dalam penyelesaian masalah, reka bentuk kejuruteraan, pengaturcaraan serta kerja berpasukan.

    Kategori Pertandingan yang dipertandingkan adalah seperti berikut:

    • Tower Conquer (5kg) – Open

    • 8kg Rumble – Open

    • 16kg Multibot – Open

    • Autonomous – Open

    • Soccer Robot – Penyertaan ILKBS Sahaja

    Penganjuran Y-RoboC 2026 dijangka menarik penyertaan meluas daripada komuniti robotik seluruh negara, sekali gus membuka ruang perkongsian idea inovatif dan pembinaan jaringan strategik antara peserta.

    Kementerian Belia dan Sukan menyeru para belia untuk terus mengambil peluang menyertai pertandingan seumpama ini bagi mencabar kemampuan diri, memperkukuh kemahiran teknikal serta menyumbang kepada agenda pembangunan teknologi negara.

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Bukit Mertajam,
    Jalan Berapit ,14000 Bukit Mertajam ,Pulau Pinang.

    No Telefon    : 04-5225288                         
    No Faksimili    : 04522528