- Din Syamsuddin
- IKTBN Bukit Mertajam
- Hits: 32
Ribuan Pengunjung Meriahkan Program TVET di Setia SPICE Arena Convention Centre
Bukit Mertajam, 25 Mei – Program pameran pendidikan dan latihan kemahiran TVET yang berlangsung pada 23 hingga 24 Mei 2026 di Setia SPICE Arena Convention Centre, Pulau Pinang telah mendapat sambutan luar biasa apabila ribuan pengunjung hadir bagi mendapatkan maklumat berkaitan peluang pendidikan serta latihan kemahiran yang ditawarkan.
Booth IKTBN Bukit Mertajam menjadi antara tarikan utama dengan kehadiran pelajar, ibu bapa dan orang ramai yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program-program yang disediakan. Sambutan yang diterima amat menggalakkan, mencerminkan minat masyarakat terhadap hala tuju pendidikan teknikal dan vokasional sebagai pilihan masa depan.
Turut serta memeriahkan program ini ialah pelbagai agensi dan institusi daripada rangkaian TVET seluruh negara. Kehadiran mereka membuka peluang dan pendedahan kepada generasi muda mengenai kepelbagaian bidang kemahiran serta prospek kerjaya yang menanti.
Kementerian Belia dan Sukan melalui IKTBN Bukit Mertajam merakamkan penghargaan kepada semua pengunjung yang hadir dan singgah di booth pameran. Orang ramai juga diseru untuk terus menyokong usaha ini kerana pelbagai informasi menarik serta aktiviti interaktif akan terus ditawarkan dalam program-program akan datang.
