- Jamaluddin Syamsuddin
- IKTBN Bukit Mertajam
- Hits: 199
Pelajar IKTBN Bukit Mertajam Sertai Program Santuni Pertubuhan Belia Tahun 2026
7 Februari 2026 — Seramai 39 orang pelajar Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bukit Mertajam telah menyertai Program Santuni Pertubuhan Belia Tahun 2026 anjuran Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Belia Zon Utara yang telah berlangsung dengan jayanya di Sunway Hotel Seberang Jaya, Pulau Pinang.
Penganjuran program ini bertujuan untuk memberi pendedahan serta memperkukuh kefahaman pelajar terhadap peranan, pengurusan dan kepentingan pertubuhan belia dalam usaha membangunkan generasi muda yang berdaya saing dan berwawasan.
Melalui penglibatan dalam program ini, para pelajar berpeluang memperoleh input berkaitan tadbir urus pertubuhan belia, struktur organisasi serta peranan strategik pertubuhan belia dalam menyokong agenda pembangunan belia di peringkat nasional.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada pihak Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Belia Zon Utara selaku penganjur, serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini. Diharapkan penganjuran program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi melahirkan belia yang lebih berdaya saing, berpengetahuan dan berwawasan.
