PROGRAM SANTUNI MADANI KEMENTERIAN KERJA RAYA 2026

    PROGRAM SANTUNI MADANI KEMENTERIAN KERJA RAYA 2026

    BUKIT MERTAJAM, 14 NOVEMBER 2026 — Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bukit Mertajam telah mengambil bahagian dalam Program Santuni MADANI (Satu Pemimpin Satu Kampung) Kementerian Kerja Raya Tahun 2026 yang berlangsung pada 14 November 2026 bertempat di Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Penanti dan Dataran Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kubang Semang (Tapak Ban Busuk).

    Majlis perasmian program kemasyarakatan tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato' Seri Azman bin Ibrahim. Penyertaan IKTBN Bukit Mertajam diketuai oleh Pengarah institut, Puan Meena a/p Ramalingam, bersama-sama dua orang pegawai dalam usaha mempergiat promosi serta pendedahan mengenai peluang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kepada penduduk setempat.

    Menerusi pengisian reruai pameran dan khidmat nasihat yang disediakan, orang ramai diberikan penerangan secara langsung berkaitan tawaran mengikuti latihan kemahiran di IKTBN Bukit Mertajam, khususnya bagi Sesi Pengambilan 1/2027. Langkah proaktif ini sekali gus membuka ruang yang lebih luas kepada golongan belia di kawasan sekitar untuk meneroka potensi diri serta membina masa depan kerjaya menerusi bidang kemahiran.

    Penglibatan berterusan ini mencerminkan iltizam dan komitmen IKTBN Bukit Mertajam dalam memperluas jaringan hebahan, menyantuni komuniti setempat, serta melahirkan modal insan dan tenaga kerja mahir yang kompeten serta berdaya saing, selaras dengan slogan institut iaitu "IKTBN Bukit Mertajam – Memperkasa Kemahiran, Membina Masa Depan!".

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Bukit Mertajam,
    Jalan Berapit ,14000 Bukit Mertajam ,Pulau Pinang.

    No Telefon    : 04-5225288                         
    No Faksimili    : 04522528