- Yogalakshumi Retnam
- IKTBN Dusun Tua
- Hits: 23
KEBAKARAN PUSAT KOMUNITI WARGA KUARTERS IKTBN DUSUN TUA MUSNAH DIJILAT API
BERITA KEBAKARAN | PUSAT KOMUNITI WARGA KUARTERS IKTBN DUSUN TUA MUSNAH DIJILAT API
30 Jun 2026 – Dengan penuh rasa dukacita dimaklumkan bahawa bangunan bekas Rumah Pengarah yang selama ini dijadikan Pusat Komuniti Warga Kuarters IKTBN Dusun Tua telah musnah dalam satu kejadian kebakaran yang berlaku sekitar jam 5.00 petang ketika hujan lebat.
Punca kebakaran masih belum diketahui dan sedang dalam siasatan pihak berkuasa.
Operasi pemadaman melibatkan dua buah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Hussein Onn, Ampang serta sebuah jentera daripada Pasukan Bomba Sukarela Hulu Langat yang bertindak pantas mengawal kebakaran daripada merebak ke kawasan berhampiran. Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 6.30 petang.
Kejadian ini merupakan satu kehilangan besar buat warga kuarters IKTBN Dusun Tua memandangkan bangunan tersebut berfungsi sebagai pusat komuniti yang menjadi lokasi pelbagai aktiviti dan program kemasyarakatan.
Tiada kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan setakat ini. Semoga segala urusan dipermudahkan dan pihak berkuasa diberikan kelancaran dalam menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian.
