Sesi Temuduga Antara Syarikat Thursinar Energy Sdn. Bhd

    Pada 26 Jun 2026, telah berlangsung sesi temuduga antara Syarikat Thursinar Energy Sdn. Bhd. bersama pelajar semester akhir Pendawaian Elektrik. Walaupun pada asalnya dijadualkan secara bersemuka, sesi ini telah berjaya dilaksanakan secara atas talian berikutan faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan.
    Seramai 8 pelajar yang telah disenarai pendek berpeluang mengikuti temuduga ini. Semoga pengalaman berharga ini membuka ruang dan peluang kepada para pelajar untuk menimba ilmu, memperkukuh kemahiran, serta melangkah ke alam pekerjaan dalam bidang berkaitan.
    Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang terlibat. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus cemerlang dan menjadi kebanggaan IKTBN Dusun Tua.

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Dusun Tua,
    Km 25 Dusun Tua,
    43100 Hulu Langat, Selangor

    No Tel : 03-90217100
    Email : ikbn_dsntua@kbs.gov.my