1 April 2026: Program Kaifiat Pengurusan Jenazah telah dilaksanakan di Masjid Asy Syabab, IKTBN Dusun Tua.
Seramai 60 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan serta pelajar turut serta dalam program ini dengan penuh minat dan komitmen.
Sesi praktikal cara-cara memandikan jenazah sedang dijalankan dengan bimbingan tenaga pengajar yang berpengalaman.
Para peserta diberi pendedahan secara hands-on bagi memastikan setiap langkah pengurusan jenazah dapat difahami dan dipraktikkan dengan betul mengikut syariat.
Semoga ilmu yang dipelajari ini dapat dimanfaatkan apabila diperlukan nanti.
