- Yogalakshumi Retnam
- IKTBN Dusun Tua
- Hits: 38
Sumbangan Ramadan dan Hari Raya kepada petugas awam IKTBN Dusun Tua
17 Mac 2026 – Masjid Asy Syabab IKTBN Dusun Tua telah menyampaikan sumbangan Ramadan dan Hari Raya kepada petugas awam IKTBN Dusun Tua sebagai tanda penghargaan atas khidmat dan komitmen mereka.
Sumbangan berupa beras, minyak masak dan wang tunai telah disampaikan oleh Pengarah IKTBN Dusun Tua, En. Samsuri Arif bersama En. Yusni, Nazir Masjid IKTBN Dusun Tua. Penerima sumbangan terdiri daripada pekerja kebersihan, petugas dewan makan serta pengawal keselamatan yang bertugas di IKTBN Dusun Tua.
Semoga sumbangan ini dapat menceriakan sambutan Ramadan dan persiapan Hari Raya serta menghargai jasa mereka yang sentiasa memastikan kelancaran operasi di IKTBN Dusun Tua.
