LAWATAN PENANDA ARAS SYARIKAT GROUNDX AVIATION KE IKTBN DUSUN TUA

    LAWATAN PENANDA ARAS SYARIKAT GROUNDX AVIATION KE IKTBN DUSUN TUA

     
    30 Mac 2026 - Isnin
    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Dusun Tua telah menerima kunjungan hormat daripada Syarikat GroundX Aviation yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, En. Vickneswaran Shanmugam. Lawatan penanda aras ini diadakan bagi tujuan mengenali dengan lebih dekat kursus-kursus Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang ditawarkan di IKTBN Dusun Tua, khususnya dalam bidang perabot industri seperti Industrial Product Development.
    Sepanjang lawatan, pihak delegasi telah diberi penerangan mengenai keseluruhan bidang yang ditawarkan di IKTBN Dusun Tua serta institut di bawah ILKBS. Delegasi turut dibawa melawat ke beberapa bengkel utama iaitu Bengkel Rekabentuk Produk Industri, Bengkel Perabot dan Hiasan Dalaman serta Bengkel Semburan Cat. Lawatan ini bukan sahaja memberi pendedahan kepada pihak GroundX Aviation mengenai kepakaran yang dimiliki oleh IKTBN Dusun Tua, malah membuka ruang untuk perbincangan mengenai potensi kerjasama strategik pada masa hadapan.
    Semoga kunjungan ini menjadi pemangkin kepada jaringan kerjasama yang lebih luas antara GroundX Aviation dan IKTBN Dusun Tua dalam usaha memperkasakan bidang TVET serta mengangkatnya ke peringkat antarabangsa.

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Dusun Tua,
    Km 25 Dusun Tua,
    43100 Hulu Langat, Selangor

    No Tel : 03-90217100
    Email : ikbn_dsntua@kbs.gov.my