Penyampaian sumbangan Ramadan dan Hari Raya kepada golongan asnaf

    Penyampaian sumbangan Ramadan dan Hari Raya kepada golongan asnaf

    17 Mac 2026 – Satu program penyampaian sumbangan Ramadan dan Hari Raya kepada golongan asnaf sekitar Dusun Tua telah dilaksanakan oleh Masjid Asy Syabab IKTBN Dusun Tua di Masjid Al Muttaqin Dusun Tua.
    Sumbangan berupa beras, minyak masak dan wang tunai ini telah disampaikan oleh Pengarah IKTBN Dusun Tua, En. Samsuri Arif bersama En. Yusni, Nazir Masjid IKTBN Dusun Tua . Penerima diwakili oleh Ustaz Yaakob bin Awang Chik, Imam 1 Masjid Al Muttaqin Dusun Tua. Sumbangan ini bertujuan membantu meringankan beban serta menceriakan persiapan menyambut Aidilfitri dalam kalangan penerima.
    Program ini mencerminkan semangat kebersamaan dan keprihatinan dalam membantu golongan yang memerlukan, khususnya sepanjang bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Dusun Tua,
    Km 25 Dusun Tua,
    43100 Hulu Langat, Selangor

    No Tel : 03-90217100
    Email : ikbn_dsntua@kbs.gov.my