1 April 2026, IKTBN Dusun Tua telah menerima kehadiran Akademi Bateriku Sdn. Bhd. bagi sesi temuduga pelajar Jabatan Teknologi Automotif (PKEV) ambilan P119. Sesi ini diketuai oleh En. Amir Ridhwan, Penolong Pengurus Pemasaran & Pembangunan Perniagaan.
Seramai 23 pelajar telah mengambil bahagian dan 18 orang berjaya terpilih untuk menjalani Latihan Industri bersama Akademi Bateriku bermula 11 Mei hingga 2 Ogos 2026.
Tahniah kepada semua pelajar yang terpilih! Semoga anda dapat memberikan komitmen terbaik, menunjukkan prestasi cemerlang, serta mengharumkan nama institut. Kerjasama ini diharap dapat terus memperkukuh jaringan industri dan memperluaskan peluang TVET ke persada dunia.
