LAWATAN SAMBIL BELAJAR DUA SEKOLAH KE INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI BELIA NEGARA (IKTBN) DUSUN TUA

    LAWATAN SAMBIL BELAJAR DUA SEKOLAH KE INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI BELIA NEGARA (IKTBN) DUSUN TUA

     
    2 Oktober 2026 - Jumaat
    Satu program lawatan sambil belajar ke IKTBN Dusun Tua telah berjaya dilaksanakan anjuran bersama dua buah sekolah, iaitu SMK Abdul Jalil, Hulu Langat dan SMK Seri Pagi, Seremban, Negeri Sembilan sempena Program Pelancongan Koperasi Sekolah (PKS) melibatkan seramai 50 orang murid dan 8 orang guru pengiring.
    Antara bjektif utama lawatan ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan dan pengalaman pembelajaran secara langsung kepada guru dan murid berkaitan bidang pendidikan dan latihan kemahiran yang ditawarkan di IKTBN Dusun Tua.
    Semasa lawatan ke bengkel, para peserta dari kedua-dua buah sekolah telah dibawa melawat ke Bengkel Penyejukbekuan dan Penyaman Udara. Sesi taklimat dan lawatan di bengkel ini telah diketuai oleh En. Mahadir dan dibantu oleh En. Khairul Nizam.
    Mereka turut dibantu oleh barisan pelajar Semester 6 yang berkongsi pengalaman serta membuat demonstrasi ringkas mengenai sistem penyejukbekuan dan penyaman udara. Para murid dapat melihat secara dekat peralatan teknikal, unit penyaman udara, serta cara kerja amali yang dilakukan oleh pelatih-pelatih di bengkel tersebut.
    Selain lawatan ke bengkel kemahiran, para peserta juga melawat kawasan kolam air panas semula jadi yang terdapat di dalam kawasan IKTBN Dusun Tua. Objektifnya adalah untuk membolehkan peserta memperoleh maklumat mengenai sejarah, latar belakang, dan keunikan kolam air panas tersebut sebagai salah satu sumber semula jadi di Hulu Langat.
    Secara keseluruhannya, program lawatan ini telah berjalan dengan lancar berkat kerjasama yang baik daripada pihak IKTBN Dusun Tua. Program Pelancongan Koperasi Sekolah (PKS) ini diharap dapat membuka minda para pelajar mengenai kepentingan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) demi melahirkan belia yang berkemahiran dan berdaya saing pada masa hadapan.

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Dusun Tua,
    Km 25 Dusun Tua,
    43100 Hulu Langat, Selangor

    No Tel : 03-90217100
    Email : ikbn_dsntua@kbs.gov.my