PROJEK KOMUNITI PERSATUAN PAKAR PERUBATAN KELUARGA SELANGOR 2026 DENGAN KERJASAMA IKTBN DUSUN TUA

    PROJEK KOMUNITI PERSATUAN PAKAR PERUBATAN KELUARGA SELANGOR 2026 DENGAN KERJASAMA IKTBN DUSUN TUA

    PROJEK KOMUNITI PERSATUAN PAKAR PERUBATAN KELUARGA SELANGOR 2026 DENGAN KERJASAMA IKTBN DUSUN TUA
    03 Oktober 2026 - Sabtu
    Projek Komuniti Persatuan Pakar Perubatan Keluarga Selangor 2026 dengan tema “Own Your Future: Smart Youth, Take Control” telah berjaya dilaksanakan di IKTBN Dusun Tua dengan penglibatan golongan belia dan komuniti setempat.
    Pelbagai pengisian bermanfaat telah dilaksanakan meliputi aspek kesihatan, kesejahteraan mental, keselamatan digital, pengurusan kewangan, kecergasan serta kesedaran terhadap isu sosial dan kesihatan remaja. Program ini memberi ruang kepada peserta mendapatkan ilmu, berkongsi pengalaman dan berinteraksi bersama pakar serta agensi yang terlibat.
    Pihak IKTBN Dusun Tua selaku tuan rumah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Persatuan Pakar Perubatan Keluarga Selangor, Yayasan Sime Darby, JAKOA, PKD serta semua agensi dan rakan kolaborasi atas komitmen dalam menjayakan program ini. Semoga kerjasama strategik ini terus diperkukuhkan demi manfaat masyarakat dan pembangunan generasi muda.

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Dusun Tua,
    Km 25 Dusun Tua,
    43100 Hulu Langat, Selangor

    No Tel : 03-90217100
    Email : ikbn_dsntua@kbs.gov.my