- Yogalakshumi Retnam
- IKTBN Dusun Tua
- Hits: 37
Lawatan Verifikasi Malaysia TVET Rating 2026 di IKTBN Dusun Tua
16 Jun 2026, IKTBN Dusun Tua telah menerima lawatan verifikasi bagi Malaysia TVET Rating 2026. Panel verifikasi diketuai oleh Ts. Dr. Tazifuzin Bin Azmi (MARA Pulau Pinang) bersama Puan Nor Shahida Binti Md Raze (JPK Utara).
Tujuan utama lawatan ini adalah untuk memastikan pelaksanaan program TVET menepati piawaian kualiti yang ditetapkan, menilai kemudahan fizikal, serta memperkukuh standard penyampaian kemahiran melalui pembuktian dan pengesahan data/dokumen berkaitan. Mesyuarat pembukaan telah dipengerusikan oleh Ts. Samsuri Bin Arif, Pengarah IKTBN Dusun Tua.
Lawatan verifikasi kali ini melibatkan dua program utama:
Kenderaan Perdagangan – Servis Diagnostik (G452-001-3:2017)
Rekabentuk & Pembangunan Produk Industri (MC-040-4:2013)
Sekalung penghargaan diucapkan kepada pegawai penyelaras serta semua warga kerja yang terlibat dalam menjayakan proses verifikasi ini. Semoga kedua-dua program berjaya mencapai 5-Star Rating, memperkukuh kualiti penyampaian, dan menjadikan TVET IKTBN Dusun Tua pilihan utama generasi masa depan.
