PAMERAN KEMAHIRAN SEMPENA HARI KERJAYA DAN PAMERAN AGENSI-AGENSI KERAJAAN 2026 DI SMK BANDAR TUN HUSSEIN ONN 2

    PAMERAN KEMAHIRAN SEMPENA HARI KERJAYA DAN PAMERAN AGENSI-AGENSI KERAJAAN 2026 DI SMK BANDAR TUN HUSSEIN ONN 2

     
    13 Jun 2026 - Sabtu
    IKTBN Dusun Tua meluaskan rangkaian hubungan melalui promosi latihan kemahiran di Pameran Hari Kerjaya dan Pameran Agensi-Agensi Kerajaan 2026 bertempat di SMK Bandar Tun Hussein Onn 2.
    Para pelajar dan guru-guru dibekalkan informasi oleh pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) berkaitan peluang latihan kemahiran di IKTBN Dusun Tua melibatkan bidang Elektrikal, Mekanikal dan Automotif serta latihan jangka pendek yang dijalankan sepanjang tahun.
    Semoga segala input yang diberi memberi manfaat kepada para pelajar dalam menentukan halatuju pendidikan mereka, seterusnya menjadi seorang pekerja mahir di Malaysia satu hari nanti.

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Dusun Tua,
    Km 25 Dusun Tua,
    43100 Hulu Langat, Selangor

    No Tel : 03-90217100
    Email : ikbn_dsntua@kbs.gov.my