LAWATAN VERIFIKASI PENTAULIAHAN PENAMBAHAN PROGRAM BERASASKAN COPTPA (PENTAULIAHAN INDUK)

    LAWATAN VERIFIKASI PENTAULIAHAN PENAMBAHAN PROGRAM BERASASKAN COPTPA (PENTAULIAHAN INDUK)

    28 April 2026, 
    IKTBN Dusun Tua telah menerima lawatan verifikasi bagi pentauliahan penambahan program berasaskan COPTPA (Pentauliahan Induk). Lawatan ini melibatkan penilaian ke beberapa fasiliti utama institusi, termasuk Bengkel PKEV, Bengkel Kimpalan, Bengkel Semburan Cat, Bengkel Diploma Automotif, Jabatan Pengajian Umum, Perpustakaan serta Bilik Terapi Minda.
    Alhamdulillah, hasil daripada lawatan dan penilaian yang dijalankan, IKTBN Dusun Tua telah berjaya memperoleh pentauliahan bagi program-program yang terlibat.
    Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada barisan panel verifikasi atas kerjasama, komitmen serta pandangan yang diberikan sepanjang sesi lawatan berlangsung:
    • Puan Nor Azizi binti Abdullah (P)
    • Puan Suziyana binti Shaidin (P)
    • Encik Mohamad Hisham bin Hashim
    • Tc. Mohd Zulkefli bin Isa
    • Encik Kamal bin Abu @ Ahmad
    • Tc. Huzaily bin Abdullah
    • Encik Mohd Nasir bin Hassan
    Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga kerja IKTBN Dusun Tua atas komitmen dan usaha berterusan dalam memastikan kelancaran proses verifikasi ini.

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Dusun Tua,
    Km 25 Dusun Tua,
    43100 Hulu Langat, Selangor

    No Tel : 03-90217100
    Email : ikbn_dsntua@kbs.gov.my