- Yogalakshumi Retnam
- IKTBN Dusun Tua
- Hits: 19
Majlis Perhimpunan Bulanan & Pelancaran Jubli Intan IKTBN Dusun Tua
Majlis Perhimpunan Bulanan & Pelancaran Jubli Intan IKTBN Dusun Tua pada 26 Jun 2026 telah berlangsung dengan penuh meriah dan bermakna. Bertemakan Kemahiran Merentasi Dasawarsa, majlis ini melambangkan kecemerlangan IKTBN Dusun Tua sepanjang 60 tahun penubuhannya (1966–2026).
Antara pengisian yang memberi nilai tambah ialah:
-Taklimat Tatakelola mengenai pengurusan tatatertib.
-Amanat Pengarah yang menyuntik semangat warga kerja.
-Sesi Penghargaan untuk kakitangan yang menyambut ulang tahun kelahiran.
-Penghargaan Pekerja Terbaik sebagai motivasi kecemerlangan.
-Tayangan Video dan gimik sambutan Jubli Intan 60 Tahun IKTBN Dusun Tua.
Lebih istimewa, majlis ditutup dengan jamuan buah tempatan yang bukan sahaja menyihatkan tetapi turut mengeratkan silaturrahim sesama warga kerja.
Sekalung tahniah diucapkan kepada Bahagian Pentadbiran dan Kewangan selaku penganjur yang telah menjayakan perhimpunan kali ini dengan penuh cemerlang. Semoga semangat kebersamaan dan kecemerlangan ini terus menjadi budaya kerja warga IKTBN Dusun Tua.
