- Yogalakshumi Retnam
- IKTBN Dusun Tua
- Hits: 15
PAMERAN KEMAHIRAN SEMPENA HARI TERBUKA MADANI PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH HULU LANGAT
13 Jun 2026 - Sabtu
IKTBN Dusun Tua meneruskan langkah pemerkasaan TVET Negara melalui promosi latihan kemahiran di Pameran Hari Terbuka Madani Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat bertempat di Dewan Komuniti MPKj Semenyih.
Para pelajar, guru-guru dan warga masyarakat dibekalkan informasi oleh pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) berkaitan latihan kemahiran yang ditawarkan di IKTBN Dusun Tua melibatkan bidang Elektrikal, Mekanikal dan Automotif.
Semoga segala maklumat yang diberi memberi manfaat kepada para pelajar dalam menentukan halatuju pendidikan mereka, seterusnya menjadi seorang pekerja mahir dan berketerampilan di Malaysia.
